18 April 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama-sama YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah mempengerusikan Mesyuarat Berhubung Memorandum Bersama Daripada Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan Tinggi Mengenai Cadangan Pindaan Akta Perubatan 1971 [Akta 50] di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.
Mesyuarat ini diadakan untuk meneliti dengan lebih lanjut berkenaan program Parallel Pathway dan untuk mencari jalan penyelesaian bagi memberi jaminan ilmu yang diperoleh para pelatih mematuhi piawai tertinggi.
Berdasarkan perbincangan mesyuarat ini juga, satu Memorandum akan dibawa kepada barisan Jemaah Menteri untuk persetujuan lanjut dan ia selari dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang optimum kepada rakyat Malaysia.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato' Indera Dr Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) KKM, dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) KKM.
Kemaskini pada 2024-04-19 09:22:36 daripada UKK Norhanita