MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

RIGHTS & RESPONSIBILITIES SEMINAR 2024 PROGRAM DI KOLEJ KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN ORIENTAL NILAM, KLEBANG, MELAKA.

20 April 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Rights & Responsibilities Seminar 2024 Program di Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Oriental Nilam, Klebang, Melaka.

Program ini merupakan platform untuk mengetengahkan pelbagai aspirasi dan isu-isu yang dihadapi oleh petugas-petugas kesihatan di bawah tema “Standing Together for a Brighter Future”.

Seramai 130 peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, pelajar perubatan dan pakar-pakar perubatan di seluruh negara telah mendaftar dalam program yang diadakan julung-julung kalinya ini.

Program ini merangkumi beberapa sesi perkongsian antaranya ialah Career Progression from Clinician to Administrator oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan Career Pathway of The Government Doctor oleh YBhg. Dato' Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa berusaha dalam mengukuhkan sistem kesihatan negara dengan memberi penekanan terhadap kebajikan serta perkembangan kerjaya yang progresif bagi menghargai usaha petugas-petugas kesihatan negara.

Turut hadir YBrs. Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia KKM, YBrs. Dr. Ruzita binti Mustaffa, Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, YBrs. Dr. Muruga Raj Rajathurai, Mantan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, YBrs. Dr. Koh Kar Chai, Mantan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, YBrs. Dr. Sivabala Selvaratnam, SCHOMOS Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia dan YBrs. Dr. Gayathri K. Kumarasuriar, Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia Negeri Melaka.

 

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-04-22 09:13:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page