MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN INDEKS KESIHATAN MENTAL BELIA MALAYSIA 2023 (MYMHI’23) DI PUTRAJAYA.

22 April 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir ke Majlis Pelancaran Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI’23) yang dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan di Putrajaya.

Kesihatan mental memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran, emosi, dan tingkah laku. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2017 mendapati 1 daripada 5 remaja mengalami kemurungan. Manakala pada tahun 2022 pula, 1 daripada 4 remaja mengalami kemurungan.

Dalam ucapan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly berkata, KKM bukan satu-satunya agensi yang bertanggungjawab terhadap kesihatan mental malah memerlukan pendekatan keseluruhan negara atau whole-of-nation approach.

Inisiatif MyMHI’23 merupakan indeks kesihatan mental yang pertama di Malaysia bertujuan untuk mengukur tahap kesihatan mental belia (berumur antara 15 hingga 30 tahun).

Ia merupakan bukti komitmen bersama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan United Nations Children's Fund (UNICEF) dengan sokongan daripada pemegang taruh berkaitan dalam meningkatkan kesedaran berkaitan kesihatan mental belia.

Turut hadir, YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Kementerian Kesihatan, Encik Robert Gass, Wakil Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei Darussalam bagi UNICEF, YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-04-23 08:04:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page