MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN CRM DAN MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN CRM THE CHINESE UNIVERSITY OF HONG KONG (CUHK)

22 April 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Laporan Tahunan CRM dan Majlis Menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman CRM -The Chinese University of Hong Kong (CUHK) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

Laporan tahunan tersebut memaparkan sebanyak 276 kajian penyelidikan klinikal baru yang telah ditaja di negara ini serta mewakili jumlah tertinggi yang direkodkan sejak penubuhan CRM pada 2012.

Pada tahun 2023, Malaysia telah menduduki tempat kedua dalam rantau Asia Tenggara dari segi bilangan kajian tajaan industri global. Kesemua data ini juga menyumbang kepada Pendapatan Kasar Negara yang telah menjana sebanyak RM1.16 bilion daripada penyelidikan yang ditaja sejak 2012.

Pada program yang sama, satu kolaborasi telah diformalisasikan oleh The Chinese University of Hong Kong (CUHK) bersama Clinical Research Malaysia (CRM) melalui Perjanjian Memorandum Persefahaman.

Perjanjian ini ditandatangani oleh Dr Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif CRM, dan Profesor Juliana Chan, Pengarah Clinical Research Management Office di CUHK serta disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Kolaborasi antara kedua-dua organisasi ini bertujuan mewujudkan usaha sama dalam bidang klinikal, akademik dan prospek penyelidikan antara kedua-dua pihak, serta dapat mengukuhkan lagi usaha dalam meningkatkan kemahiran penyelidik dalam penyelidikan klinikal.

Turut hadir YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan,Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), YBrs. Dr Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif CRM, YBrs. Profesor Juliana Chan, Pengarah Clinical Research Management Office di CUHK.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-04-23 08:12:12 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page