25 April 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Sesi Libat Urus bersama-sama dengan Ketua Pegawai Informasi (CIO) fasiliti kesihatan swasta di Putrajaya.
Sesi ini telah dihadiri oleh 39 pegawai kanan daripada 14 hospital swasta di seluruh Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera. Selain itu, agensi-agensi dibawah KKM seperti Protecthealth Corporation, CRM dan MHTC turut menghantar wakil ke sesi berkenaan.
Objektif utama sesi libat urus ini adalah untuk mengenali pemegang taruh yang mempunyai penglibatan secara langsung dan tidak langsung dalam pengimplementasian EMR untuk merealisasikan misi dan visi KKM iaitu 1 rakyat 1 rekod kesihatan.
Sesi libat urus yang berlangsung selama dua jam telah memanfaatkan semua hadirin.
Kemaskini pada 2024-04-25 15:03:32 daripada UKK Norhanita