MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT PASCA KABINET KKM DI PUSAT DARAH NEGARA, KUALA LUMPUR

25 Aril 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet KKM di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini merupakan platform penting untuk membincangkan isu-isu semasa dan menyelaras tindakan susulan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dapat disampaikan kepada rakyat.

Selepas mesyuarat tersebut, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah meluangkan masa untuk membuat lawatan kerja ke Pusat Darah Negara. Lawatan dimulakan di Bilik Pendermaan Darah, di mana para penderma darah yang prihatin menyumbangkan darah mereka demi membantu mereka yang memerlukan.

Semasa melawat ke Makmal Rujukan Immunohematologi Kebangsaan (MRIK), YB Menteri Kesihatan telah diberikan taklimat berkaitan peranan penting makmal tersebut dalam menjalankan ujian saringan darah bagi memastikan keselamatan bekalan darah negara. Lawatan diteruskan ke Fasiliti Produksi, Fraksinasi Plasma dan Pengurusan Bekalan Darah. Fasiliti ini berfungsi untuk menjalankan proses pengasingan komponen darah seperti sel darah merah, plasma, dan platelet menggunakan mesin pengemparan berkelajuan tinggi. Plasma darah yang dikumpulkan kemudiannya akan menjalani proses fraksinasi untuk menghasilkan pelbagai produk perubatan yang penting, seperti albumin, immunoglobulin, dan faktor pembekuan darah.

Lawatan diakhiri dengan melawat Fasiliti Mobile Pendermaan Darah yang membolehkan kempen pendermaan darah diadakan di pelbagai lokasi, mendekatkan perkhidmatan ini kepada masyarakat. Pusat Darah Negara sentiasa komited dalam memastikan bekalan darah yang selamat, berkualiti, dan mencukupi untuk negara kita.

Turut hadir YBhg. Dato'Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM dan YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM dan seluruh ahli Mesyuarat Pasca Kabinet.

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-04-26 10:58:39 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page