MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KURSUS '1ST NORTHERN SARAWAK PATIENT BLOOD MANAGEMENT (PBM) MIRI 2024' DI HOTEL MERITZ MIRI.

25 April 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Kursus '1st Northern Sarawak Patient Blood Management (PBM) Miri 2024' bertempat di Hotel Meritz Miri.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai konsep Pengurusan Darah Pesakit (PBM) dalam perubatan dan pembedahan. Ia merupakan satu pendekatan sistematik yang mengutamakan pesakit dengan mengurus dan memelihara darah pesakit itu sendiri.

Dato Lukanisman menyatakan bahawa kursus ini merupakan satu usaha yang baik bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman mengenai penggunaan darah untuk pesakit secara optimum. Dalam masa yang sama, strategi-strategi dan alternatif terhadap transfusi darah juga didedahkan di samping mengurangkan kesan-kesan sampingan dan risiko transfusi darah sekiranya tidak digunakan dengan justifikasi yang tepat.

Turut hadir YBhg. Dato Dr. Faraizah Dato Abdul Karim, Pengerusi Persatuan Transfusi Darah Malaysia, Dr. Azlee Ayub, Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Wong Yi Shen, Ketua Perkhidmatan Transfusi Negeri Sarawak dan Dr. Jack Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-04-26 11:06:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page