MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM “HEALTHCARE EQUITY FOR AFFORDABLE AND RAPID TREATMENT (H.E.A.R.T)”

25 April 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Program “Healthcare Equity for Affordable and Rapid Treatment” (H.E.A.R.T)” di Shah Alam.

Program H.E.A.R.T ini merupakan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MSU Medical Centre (MSUMC) bagi menyediakan perkhidmatan pembedahan percuma kepada 50 orang pesakit bagi membantu menangani masa menunggu pembedahan di hospital KKM di negeri Selangor yang telah dikenalpasti.

Antara perkhidmatan pembedahan percuma yang disediakan termasuk Inguinal Hernia Repair Procedure dan Laparoscopic Cholecystectomy.

Projek ini melibatkan beberapa hospital di Lembah Klang bermula dengan Hospital Shah Alam, Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan selainnya mengikut keperluan.

Pembedahan pertama telah dilaksanakan pada 22 Mac 2024. Sehingga 23 April 2024, sebanyak 16 pembedahan telah dijalankan.

Kerjasama Awam Swasta atau Public Private Partnership (PPP) ini membolehkan golongan M40 dan B40 mendapatkan manfaat dalam aspek penjagaan kesihatan berkualiti dan canggih khususnya bagi aspek tempoh menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan dengan kos yang optimum.

Turut hadir, Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden MSU, YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-04-26 11:12:38 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page