MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERJUMPAAN PENGURUSAN TERTINGGI KKM BERSAMA ROMBONGAN PETUGAS HAJI (PERUBATAN) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE TANAH SUCI BAGI MUSIM HAJI 1445H/2024M

25 April 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Rombongan Petugas Haji (Perubatan) KKM ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1445H/2024M di Ibu Pejabat KKM.

Dalam ucapan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua petugas haji KKM yang telah dipilih kali ini untuk mula tugasan pada 30 April 2024 ke Tanah Suci Mekah.

Tahun ini, seramai 3 orang Petugas Haji (Kebajikan) akan turut mengiringi 279 orang Petugas Haji (Perubatan) KKM yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan seperti Perubatan, Kawalan Penyakit, Kesihatan Awam, Farmasi dan Kejururawatan akan bertugas menjaga kesihatan para jemaah haji.

YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly turut merakamkan penghargaan kepada pihak Lembaga Tabung Haji atas kerjasama yang diberikan.

Beliau turut mendoakan agar segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan cemerlang bagi memastikan semua jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan memperoleh ganjaran tertinggi atas komitmen, khidmat bakti dan keikhlasan yang dihulurkan.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato’ Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM, YBhg. Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, LembagaTabung Haji dan YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh bin Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji.

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-04-26 11:19:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page