MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL MIRI.

25 April 2024- YB. Dato Lukanisman, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke bangunan tambahan Hospital Miri yang baru.

Ketibaan Dato Lukanisman disambut oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga pihak kontraktor bagi menjelaskan status pembinaan bangunan tambahan baru Hospital Miri tersebut. Satu taklimat mengenai perkhidmatan kesihatan yang bakal disediakan di bangunan tambahan telah diberikan oleh Dr. Francis Heng Eng Khai, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Miri.

Bangunan tambahan tersebut menyediakan sebanyak 328 katil dan mempunyai 5 klinik pakar serta menyediakan sebanyak 900 lot pakir kereta. Bangunan tambahan baru akan disiap dibina pada 29 April 2024 dan akan diserahkan oleh pihak JKR kepada KKM pada Mei 2024 serta dijangka akan mula beroperasi pada Jun 2024.

Penyediaan bangunan tambahan serta siap dalam tempoh masa yang ditetapkan sangat penting bagi memberikan perkhidmatan perawatan yang terbaik kepada masyarakat setempat selain dapat membantu kesesakan di Hospital Miri yang sedia ada.

Dato Lukanisman turut melawat dan meninjau keadaan bangunan tambahan Hospital Miri setinggi 7 tingkat. Antara tempat yang dilawat ialah Pusat Pemantauan (Central Monitoring System), Jabatan Kecemasan dan Trauma, Klinik Pakar Pediatrik, Klinik Pakar Obstetrik dan Gonekologi, Unit Pendidikan dan Latihan, Jabatan Patologi, Unit Rawatan Harian, Dewan Bedah Materniti, Wad Pediatrik, Sekolah dalam hospital, Wad kelas pertama dan Farmasi Pesakit Luar.

Turut hadir bersama ialah IR Abduldan bin Adtong, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Ir Sidek bin Rashid, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Dr. Azlee Ayub, Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Jack Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri dan James Harry Sulau, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Miri.

 

image image image
image image

 

 


Kemaskini pada 2024-04-26 11:25:30 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page