MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT KHAS HALA TUJU PERANCANGAN FASILITI KESIHATAN DI SARAWAK BERSAMA AGENSI BERKAITAN

25 April 2024- YB Dato Lukanisman, Timbalan Menteri Kesihatan telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Hala Tuju Perancangan Fasiliti Kesihatan di Sarawak bersama Agensi berkaitan di Pejabat Kesihatan Bahagian Miri pada sebelah petang.

Kedatangan YB Dato Lukanisman disambut oleh Dr. P. Raviwharmman a/l Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri.

Mesyuarat ini merangka dan membincangkan strategi serta pembangunan fasiliti-fasiliti kesihatan di negeri Sarawak amnya dan Miri khususnya. Antara intipati perbincangan adalah pemilihan tapak, kajian pasaran, aktiviti, keperluan sumber manusia dan struktur fizikal fasiliti-fasiliti kesihatan tersebut.

Turut hadir wakil-wakil daripada pelbagai agensi iaitu Pejabat Daerah Miri, Pejabat Daerah Subis, Majlis Bandaraya Miri, Majlis Daerah Subis, Residen Bahagian Miri, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sarawak, Jabatan Tanah dan Survey, Jabatan Kerja Raya Miri, Jabatan Pengairan dan Saliran Miri, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Miri, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Daerah Miri dan Lembaga Air Kawasan Utara Miri.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-04-26 11:33:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page