MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN JALAN MERBAU, MIRI

26 April 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah memulakan lawatan kerja di fasiliti pertama iaitu lawatan ke Klinik Kesihatan Jalan Merbau, Miri.

Kehadiran YB Dato Lukanisman disambut oleh Dr. Norafini binti Salamon, Pakar Perubatan Keluarga bagi memberi penerangan terhadap perkhidmatan perawatan kesihatan dan Dr. Mary anak Chalang, Pegawai Pergigian bagi memberi taklimat mengenai perkhidmatan pergigian di Klinik Kesihatan Jalan Merbau.

Klinik Kesihatan Jalan Merbau yang merupakan Klinik Jenis 3 dibina pada tahun 1972. Purata kedatangan pesakit ke Klinik Kesihatan Jalan Merbau mencatat seramai 600 hingga 700 pesakit sehari.

YB Dato Lukanisman telah meninjau kemudahan yang disediakan di sekitar Klinik Kesihatan Jalan Merbau di klinik pesakit luar, Klinik Pergigian, makmal, bilik pengambilan darah, bilik pemeriksaan kencing manis, bilik pemeriksaan darah tinggi dan farmasi.

YB Dato Lukanisman mengambil kesempatan beramah mesra dengan pesakit yang datang mendapat rawatan dan juga menyantuni warga kerja Klinik Kesihatan Merbau.

Turut hadir bersama ialah Puan Gelang anak Ajah, Penyelia Jururawat KK Jalan Merbau dan Encik Affisa bin Ohsman, Pembantu Pegawai Perubatan Kanan KK Jalan Merbau.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-04-29 16:35:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page