26 April 2024- YB Dato Lukanisman, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke fasiliti kesihatan yang kedua iaitu di Klinik Kesihatan Batu Niah, Sarawak.
Klinik Kesihatan Batu Niah adalah klinik kesihatan jenis 4 dengan bilangan purata pesakit yang hadir ke klinik kesihatan ini adalah seramai 140 orang sehari.
YB Dato Lukanisman telah dibawa melihat kemudahan yang disediakan seperti Jabatan Pesakit Luar, Klinik Ibu dan Anak, Klinik Diabetes, Klinik Berhenti Merokok, Farmasi, Makmal dan Unit Hemodialisis.
YB Dato Lukanisman sempat meluangkan masa menyantuni petugas-petugas kesihatan disamping beramah mesra dengan pesakit yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan tersebut.
Turut hadir Dr. Lorna Chin Kin Tze, Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Dr. Nurafifah Shamsuri, Pegawai Perubatan dan Encik Mohd Hasmannazrul, Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Unit Hemodialisis.
Kemaskini pada 2024-04-29 16:41:23 daripada UKK Norhanita