MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) HULU SELANGOR DAN HOSPITAL KUALA KUBU BHARU, SELANGOR.

26 April 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor dan Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Program dimulakan dengan sesi taklimat di PKD Hulu Selangor berkaitan perkembangan semasa perkhidmatan kesihatan di Daerah Hulu Selangor dan seterusnya lawatan ke Jabatan Kecemasan, Wad, Unit Farmasi dan Unit Hemodialisis di Hospital Kuala Kubu Bharu.

YB Datuk Seri Dr Dzulkefly turut merakamkan perhargaan kepada seluruh warga KKM di Daerah Hulu Selangor yang sentiasa menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

KKM sentiasa komited untuk memastikan Daerah Hulu Selangor terus mendapat perhatian, perancangan yang dibuat dapat dijayakan, seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat seluruhnya.

Turut hadir YB Puan Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus,

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBrs. Dr Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan YBrs. Dr. Mohd Basil Bin Sulaiman, Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-04-29 16:46:36 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page