MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU SELANGOR

2 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Program Saringan Kesihatan di Dewan Kampung Orang Asli (KOA) Tun Abdul Razak, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Program saringan kesihatan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan dan mendedahkan kepda penduduk di kawasan tersebut terhadap info-info kesihatan melalui pameran yang disediakan.

Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan ialah saringan pergigian, saringan malaria, pameran kesihatan dan demo memasak makanan yang sihat mengikut saranan KKM.

YB Menteri Kesihatan juga berkesempatan melawat penduduk beberapa rumah di kawasan KOA tersebut menerusi aktiviti “Walkabout” Ziarah Kasih yang mempunyai masalah kesihatan dan berpendapatan rendah.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah JKN Selangor, YBrs. Dr Mohd Safiee B. Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan YBrs. Dr. Suhaida bt Mohd Sidek, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor.

 

image image image

Kemaskini pada 2024-05-03 15:09:47 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page