MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK KUALA KUBU BHARU, SELANGOR

2 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau pengoperasian harian serta melihat keadaan fasiliti dan infrastruktur klinik ini. Klinik yang dibina pada tahun 1960 ini menyediakan perkhidmatan seperti pakar perubatan keluarga, penjagaan pra kehamilan, dietetik dan sebagainya.

YB Menteri Kesihatan juga telah dibawa melawat ke bilik pemeriksaan, makmal dan juga klinik pergigian. Beliau juga sempat beramah mesra bersama petugas-petugas kesihatan serta pesakit di klinik tersebut.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, YBrs. Dr. Mohd Safiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM dan YBrs. Dr. Suhaida binti Mohd Sidek, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-03 15:16:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page