MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL 624 KATIL DI KL WELLNESS CITY GALLERY, KUALA LUMPUR.

2 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Perasmian Hospital 624 katil bertempat di KL Wellness City Gallery, Kuala Lumpur.

KL Wellness City (KLWC) telah melancarkan hospital tertiari utamanya melalui KL International Hospital (KLIH) Sdn. Bhd.

Fasa pertama KLIH dijangka akan siap dibina sasaran pada suku kedua tahun 2026 dan dijangka akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun yang sama.

KLIH disasarkan untuk menjadi hospital tertiari dengan 624 buah katil dan berpotensi mencecah sehingga 1,000 katil. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan terkini untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan bersepadu.

YB Menteri Kesihatan dalam ucapan beliau menyatakan penghargaan kepada KLIH yang memperuntukkan sebanyak RM 2 juta bagi membiayai keperluan perubatan dan kesihatan komuniti B40 di Malaysia.

Inisiatif ini sejajar dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat berpendapatan rendah di negara ini.

Turut hadir, YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, YB Puan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dan YBhg. Dato’ Dr. Colin Lee, Pengarah Urusan KL Wellness City Sdn. Bhd.

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-03 15:34:30 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page