MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2023 DI IBU PEJABAT KKM, PUTRAJAYA.

3 Mei 2024- Seramai 18 orang pegawai dan kakitangan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Ibu Pejabat KKM, Putrajaya.

Pelancaran Buku Pelan Strategik Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) 2024-2028 juga telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan sebagai usaha mentransformasikan MDA ke arah operasi regulatori bertaraf antarabangsa.

YB Menteri Kesihatan merakamkan penghargaan kepada seluruh warga MDA yang telah memberi komitmen dalam menjayakan penyusunan Pelan Strategik ini.

Dalam ucapan, beliau berkata MDA sebagai badan kawal selia bertaraf dunia juga harus memainkan peranan sebagai pembimbing, pemangkin, pemudahcara dan seterusnya penasihat kepada bukan sahaja Kementerian, malah juga kepada seluruh pemain industri tempatan dan antarabangsa.

Majlis turut meraikan Anugerah Media MDA 2023 yang telah dimenangi oleh The Star bagi kategori Akhbar, BERNAMA Radio bagi kategori Radio serta BERNAMA TV bagi kategori Televisyen.

Pengiktirafan dan penghargaan ini adalah usaha dan komitmen berterusan MDA dalam menghargai kerjasama rakan-rakan media dalam mempromosi dan memberi kesedaran kepada orang awam tentang perkembangan regulatori peranti perubatan.

Selain itu, majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian cek zakat kepada Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) MDA.

Turut hadir, Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Pegawai Eksekutif MDA.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-06 10:02:12 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page