MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN WELLNESS HUB LAHAD DATU, SABAH.

4 Mei 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Wellness Hub Lahad Datu, Sabah.

Wellness Hub Lahad Datu memulakan operasinya pada 2 Januari 2024 dengan menawarkan 13 Pakej Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan untuk pelbagai peringkat umur seperti Penilaian Faktor Risiko Kesihatan, Pengurusan Berat Badan (IFitEr), Kekal Sihat, Bicara Sihat, Sokongan Kesejahteraan, My Green Hands, Perkhidmatan Berhenti Merokok, Runding Cara Hidup Sihat, MyCHAMPION, Resilien, Seni Kreatif, Wellness Studio, Gimnasium dan Galeri Infosihat.

Dato Lukanisman menyatakan bahawa fasiliti ini menawarkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan yang komprehensif untuk pengukuhan pembudayaan hidup sihat termasuk peningkatan literasi kesihatan. Selain itu, Perkhidmatan Wellness Hub di Lahad Datu dilengkapkan dengan Wellness on Wheels (WoW) iaitu perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara mobile bagi aktiviti jangkau luar (outreach) dalam memperkasa komuniti membudayakan hidup sihat.

Hasrat KKM dalam menubuhkan Wellness Hub adalah menyokong Tonggak Kedua Kertas Putih Kesihatan yang menekankan peningkatan usaha promosi kesihatan dan pencegahan penyakit. Sehubungan dengan itu, Wellness Hub merupakan pusat kesejahteraan yang menyumbang kepada pencapaian matlamat untuk reformasi sistem kesihatan ke arah Negara yang sihat melalui peralihan paradigma daripada sick care kepada health care.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Datuk Dr. Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-06 11:14:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page