MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE PROGRAM MADANI RAKYAT ZON UTARA DI TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG.

5 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke reruai-reruai KKM dan menyantuni pengunjung dalam Program MADANI Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Program MADANI Rakyat Zon Utara ini telah berlangsung selama tiga hari dan hari ini merupakan hari terakhir sebelum program ini melabuh tirai. Terdapat pelbagai acara dan program menarik yang disediakan kepada pengunjung yang hadir.

KKM terutamanya menawarkan perkhidmatan serta informasi kesihatan seperti:

1. Budayakan Keselamatan Makanan

2. Kempen Derma Organ

3. Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI)

4. PeKa B40

5. Kenali Ubat Anda

6. Program Latihan di ILKKM

7. JOM PERIKSA GIGI SEKALI SETAHUN

8. Saringan Paru-Paru (Astra Zeneca)

9. Aktif, Cergas & Sihat @Wellness Hub

10. Institut Jantung Negara (IJN)

11. Let's End Tibi Together

12. Kempen Derma Darah

13. Let's TALK Minda Sihat (Cawangan NCD)

14. Kerjaya Profesion Perubatan

15. George Town Getting To Zero (AIDS/HIV)

16. Cawangan Pemakanan

17. Penang Lawan Denggi

Turut hadir, YB Gooi Si Zen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBrs. Dr. Noormi binti Othman, Pengarah Program Kesihatan Pergigian dan YBrs. Dr. Ismuni Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.

 

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-06 11:20:30 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page