MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL QUEEN ELIZABETH II DI KOTA KINABALU SABAH.

5 Mei 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Queen Elizabeth II yang terletak  di Kota Kinabalu Sabah.

Satu sesi taklimat mengenai sejarah dan perkembangan Hospital Queen Elizabeth serta perkhidmatan kesihatan di Hospital Queen Elizabeth II telah disampaikan oleh Dr. Ferro Firdaus Ibrahim, Pengarah Hospital Queen Elizabeth II. Selain itu, terdapat sesi dialog antara Dato Lukanisman bersama warga kerja Hospital Queen Elizabeth II dan diikuti lawatan ke wad-wad di Hospital Queen Elizabeth II.

Hospital Queen Elizabeth II merupakan Hospital berpakar major dengan mempunyai jumlah katil sebanyak 400 katil. Hospital Queen Elizabeth II mempunyai 11 klinik pakar juga merupakan satu-satunya pusat rujukan jantung dan juga pusat rujuk bagi kes endokrin, endokrinologi dan orthopedik di Sabah. Dato Lukanisman telah dibawa melawat ke Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU), Unit Penjagaan Koronari (CCU), Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Wad Perubatan Am, Wad Ortopedik, Wad Kardiotorasik, Wad Kardiak Rehabilitasi dan Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Semasa sesi lawatan ke wad-wad, Dato Lukanisman mengambil kesempatan beramah mesra dengan pesakit yang sedang menunggu giliran dan menyantuni warga kerja di Hospital Queen Elizabeth II.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' Dr. Mohd Azman Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dan YBhg. Datuk Dr. Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-06 11:28:46 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page