MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG, KOTA KINABALU

5 Mei 2024- YB. Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu pada sebelah petang.

Hospital Mesra Bukit Padang adalah satu institusi psikiatri dan kesihatan mental di negeri Sabah. Pembinaan Hospital Mesra Bukit Padang bermula sekitar 1960 an dan lengkap pada tahun 1971. Pesakit-pesakit awal adalah dari Hospital Queen Elizabeth.

Hospital Mesra Bukit Padang mempunyai bilangan katil rasmi sebanyak 302 katil. Antara perkhidmatan khusus yang disediakan di Hospital Mesra Bukit Padang adalah psikiatri kanak-kanak dan remaja, psikiatri forensik, psikiatri komuniti dan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI), terapi Elektrokonvulsif dan psikiatri penagihan.

YB. Dato Lukanisman diberikan taklimat mengenai Hospital Mesra Bukit Padang oleh Pengarah Hospital, Dr. Mohammad Firdaus Abdul Aziz. Beliau turut dibawa melawat ke Klinik Pakar Psikiatri, Unit Rekod Perubatan, Unit Farmasi dan Bekalan, Unit Fisioterapi, Unit Pemulihan Cara Kerja dan wad-wad di situ.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBhg. Dato' Dr. Mohd Azman Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dan YBrs. Dr. Maria Suleiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

 

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-06 11:41:46 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page