MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENUTUP PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON UTARA DI TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG.

5 Mei 2024- YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan anggota Jemaah Menteri lain turut menghadiri program ini. Program MADANI Rakyat 2024 merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember 2023 lalu.

Program ini diperluaskan penganjurannya ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Secara khususnya, Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara ini menumpukan kepada agenda berkaitan kesejahteraan rakyat, perpaduan, TVET, pengangkutan awam bersepadu, pertanian dan keterjaminan makanan, karnival kerjaya, pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Kecerdasan Buatan (AI) serta pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terus kepada rakyat.

Program ini turut melibatkan kolaborasi strategik bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

 

image image image

Kemaskini pada 2024-05-06 11:49:35 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page