MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN PENAMPANG

6 Mei 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan membuat lawatan kerja lokasi ketiga ke Klinik Kesihatan Penampang pada sebelah petang.

Klinik Kesihatan Penampang mula beroperasi pada tahun 1982 yang dikenali sebagai Poliklinik Penampang. Pada tahun 1997, klinik ini bertukar nama menjadi Klinik Kesihatan Penampang.

Klinik Kesihatan Penampang merupakan Klinik Kesihatan Jenis 3 dengan purata kedatangan harian pesakit adalah seramai 500 hingga 700 orang pesakit. Manakala Klinik Pergigian Penampang mempunyai purata kedatangan harian adalah seramai 70 hingga 80 orang.

Dato Lukanisman turut melawat perkhidmatan pesakit luar, kecemasan dan ambulans, kesihatan ibu dan anak, rawatan tibi, promosi kesihatan, psikologi dan kaunseling, klinik warga emas, klinik berhenti merokok, klinik pra kehamilan, klinik perancangan keluarga dan sempat beramah mesra bersama pesakit yang menunggu giliran serta menyantuni petugas kesihatan di Klinik Penampang.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Maria Suleiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Carol Lim Kai Joo, Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang, YBrs. Dr. Betny Bakanjim, Pegawai Kesihatan Pergigian Kawasan Penampang dan YBrs. Encik Mohd Fauzi Zikiri, Jurutera Daerah Penampang.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-08 10:05:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page