MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TYT DR. JOACHIM BERGSTRÖM, DUTA BESAR SWEDEN DI PUTRAJAYA.

6 Mei 2024- YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Joachim Bergström, Duta Besar Sweden di Putrajaya.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membincangkan potensi kerjasama dengan pihak Sweden bagi meluaskan lagi akses kepada rawatan penyakit jarang jumpa. Selain itu, pihak Sweden juga telah berkongsi pengalaman dalam bidang penggunaan teknologi dan pendekatan pendigitalan kesihatan bagi meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman. Susulan itu, pihak Sweden terbuka untuk memberi sokongan kepakaran dalam bidang pendigitalan kesihatan kepada Malaysia.

Turut hadir, Puan Emma Broms, Pegawai Perdagangan Sweden ke Malaysia, Encik Viktor Lindelöw, Pengurus Projek Business Sweden dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan.

image image

Kemaskini pada 2024-05-08 10:22:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page