MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DAN KPJ HEALTHCARE BHD.

6 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPJ Healthcare Bhd di Putrajaya.

MoU ini membuka ruang kepada penganjuran Malaysia International Healthcare Megatrends 2024 (MIH Megatrends 2024) yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

MIH Megatrends 2024 bakal menjadi persidangan kesihatan pertama Malaysia yang berteraskan perkongsian Awam-Swasta dalam meningkatkan kedudukan Malaysia dalam industri kesihatan merangkumi inovasi dan kecemerlangan penjagaan kesihatan.

Program ini menekankan keazaman Malaysia untuk berada di barisan hadapan inovasi penjagaan kesihatan, dengan matlamat utama menawarkan perkhidmatan berbentuk nilai terbaik kepada rakyat.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation Berhad, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ismail Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare dan YBrs. Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-08 10:33:00 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page