MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK PEKAN.

6 Mei 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan membuat lawatan kerja lokasi terakhir, iaitu ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan, Sabah pada sebelah petang.

Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan telah ditubuhkan pada tahun 1952 oleh The People Of The Great Britain From Colonial Development & Welfare Fund. Klinik tersebut telah naik taraf pada tahun 2001 dan beroperasi semula pada 2002.

Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan mempunyai purata kedatangan harian pesakit adalah seramai 100 hingga 150 orang pesakit. Perkhidmatan Kesihatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan adalah jagaan ibu mengandung, jagaan ibu lepas bersalin, jagaan bayi dan kanak-kanak dari 0 hingga 6 tahun, perancang keluarga, lawatan ke rumah dan sebagainya.

Dato Lukanisman meninjau sekitar fasiliti dan kemudahan yang disediakan di Klinik Ibu dan Anak Pekan. Pesekitaran klinik yang selamat dan kondusif amat penting bagi petugas kesihatan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan juga keselesaan pesakit yang datang mendapat rawatan. Dato Lukanisman sempat beramah mesra dengan pesakit dan juga petugas di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Dr. Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Maria Suleiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan YBrs. Dr. Nadia binti Kamsani, Pakar Perubatan Keluarga yang menjaga Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan.

image image image
image image image

 


Kemaskini pada 2024-05-08 10:54:31 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page