MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) PENAMPANG

6 Mei 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat ke tapak projek pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Penampang selepas melawat Klinik Penampang yang sedia ada.

Projek ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan akan dibina di atas tapak berkeluasan 4.04 ekar atau 16,400 meter persegi.

Kerja-kerja fasa 1 iaitu kerja tanah dan rawatan tanah telah bermula pada tahun 2013 dan selesai pada tahun 2015. Kemudian, taklimat dan lawatan tapak bersama pihak JKR Sabah telah diadakan pada 3 Ogos 2023.

Jarak lokasi antara tapak projek pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Penampang dengan Klinik Kesihatan Penampang sedia ada ialah 2.6 km. Pembinaan klinik baharu ini dapat mengurangkan kesesakan pesakit dan memendekkan waktu menunggu bagi pesakit yang memerlukan rawatan.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Maria Suleiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan YBrs. Encik Mohd Fauzi Zikiri, Jurutera Daerah Penampang.

image image

Kemaskini pada 2024-05-08 11:02:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page