6 Mei 2024- Sesi Dialog YB Menteri Kesihatan Bersama Warga Hospital Selayang mengenai penggunaan Electronic Medical Record (EMR) dan Halatuju Pendigitalan KKM telah berlangsung di Auditorium Hospital Selayang.
Kehadiran YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia disambut oleh Pengarah Hospital Selayang, YBrs. Dr. Afidah Ali.
Panel jemputan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut terlibat adalah YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan (TKSU ), YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Penyelidikan & Sokongan Teknikal (TKPK), YBrs. Dr. Maheshwara Rao A/L Appannan, Pengarah Kesihatan Digital dan YBrs. Dr. Yap Wei Aun, Pengarah Health Transformation Office.
Delegasi sesi dialog bersama Ketua-Ketua Jabatan / Unit dari Hospital Selayang adalah bertujuan berbincang secara bersemuka bersama barisan pengurusan tertinggi KKM berkaitan isu serta halatuju dalam sistem pendigitalan Hospital Selayang bagi memberikan perkhidmatan terbaik serta efisyen kepada pesakit.
Kemaskini pada 2024-05-08 13:05:37 daripada UKK Norhanita