MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2023 (SESI PAGI) DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

7 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyampaikan anugerah sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 (Sesi Pagi) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seramai 754 warga Kementerian penerima APC tahun 2023 diraikan yang terdiri daripada anggota-anggota Ibu Pejabat KKM, Institut Latihan KKM, para pegawai yang bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri, Ahli Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM), National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Institut Kesihatan Negara (NIH), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Institut Perubatan Respiratori (IPR), Pusat Darah Negara (PDN) daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred jawatan.

Pencapaian dan kejayaan KKM di bawah kerajaan MADANI tercapai dengan penglibatan dan komitmen warga kakitangannya. Pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kecekapan dan nilai positif serta kepakaran yang dimiliki pekerja merupakan aset yang diperlukan demi memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap cemerlang.

Penganugerahan APC ini bukan sahaja merupakan penghargaan dan pengiktirafan malah sebagai penyuntik semangat dan pencetus azam untuk warga KKM terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Warga KKM juga diharap supaya sentiasa prihatin dalam memenuhi permintaan dan keperluan rakyat. Ekspektasi pelanggan, harapan dan kebergantungan rakyat terhadap perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi memerlukan pembaharuan yang berterusan supaya KKM sentiasa responsif, relevan dan berkesan.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-05-08 13:22:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page