MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL BALING DAN KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) KEPALA BATAS, KEDAH

10 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Hospital Baling dan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas, Kedah.

Bangunan Tambahan Hospital Baling ini telah disiapkan pada 26 Februari 2024 dengan bertujuan untuk menaik taraf Hospital Baling kepada Hospital Pakar Minor yang melibatkan sembilan (9) bidang kepakaran antaranya ialah Perubatan Am, Pembedahan Am dan Pediatrik, Obstetrik & Ginekologi.

Bangunan baharu ini akan mula beroperasi pada 10 Jun 2024 seterusnya meningkatkan kapasiti bilangan katil Hospital Baling kepada 210 katil, empat (4) dewan bedah, lapan  (8) katil ICU dan lapan  (8) katil NICU.

Satu lagi projek yang diserahkan kepada KKM pada hari ini adalah Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas, Kedah yang telah siap dibina sepenuhnya pada 29 Februari 2024 iaitu 2 bulan lebih awal daripada jadual.

Klinik ini akan mula beroperasi pada 26 Mei 2024 bagi menggantikan Klinik Kesihatan Kepala Batas sedia ada yang tidak lagi dapat menampung keperluan perkhidmatan kesihatan pada masa ini.

Klinik baharu ini menawarkan 27 skop perkhidmatan yang merangkumi pelbagai aspek kesihatan termasuk perkhidmatan pesakit luar dan rawatan penyakit kronik serta beberapa perkhidmatan baru antaranya ialah klinik-klinik maya dan perkhidmatan rehabilitasi.

KKM sentiasa komited untuk memastikan semua projek pembangunan fasiliti kesihatan yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di seluruh negara.

Turut hadir YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, YB Dato Haji Abdul Gafar bin Yahya, Pegawai Daerah Baling, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR, YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik, Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-05-10 15:53:03 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page