MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN MULTI-STOREY BLOCK,HOSPITAL SEBERANG JAYA PULAU PINANG.

10 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan bangunan Multi-Storey Block, Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Lawatan ini adalah untuk memantau status pelaksanaan pembinaan projek hospital tersebut yang dijangka akan siap dibina pada bulan Disember 2024.

Antara perkhidmatan yang akan ditempatkan di bangunan baharu ini adalah wad pembedahan, wad ortopedik dan wad rehabilitasi.

Pembinaan bangunan baharu ini akan menempatkan kira-kira 316 buah katil dan akan menjadikan keseluruhan 729 buah katil di Hospital Seberang Jaya ini.

KKM sentiasa memberi penekanan dalam pembangunan fasiliti-fasiliti kesihatan yang lebih baik khususnya di kawasan pedalaman bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dan perubatan.

Turut hadir YB Gooi Zi Sen Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Senator Dr. Lingeshwaran A/L Dato' Seri R. Arunasalam, Ahli Dewan Negara, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KKM, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman bin Ab. Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBrs. Tuan Haji Zairi bin Haji Mat Ali, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, KKM dan YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Long, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-05-15 11:34:21 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page