MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PELANCARAN KEMBARA SIHAT SEJAHTERA HEPILI (HEALTH PROMOTION IN LEARNING INSTITUTIONS) BERSAMA DIDI & FRIENDS ZON UTARA DI VILLAGE MALL, SUNGAI PETANI, KEDAH.

10 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan pelancaran Kembara Sihat Sejahtera HePiLI (Health Promotion in Learning Institutions) bersama Didi & Friends Zon Utara di Village Mall, Sungai Petani, Kedah.

Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini bertujuan mempromosi kesihatan di institusi pendidikan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tingkah laku kesihatan kanak-kanak.

Berdasarkan pendekatan edutainment menerusi program animasi TV popular Didi & Friends ianya diharap mendapat capaian dan liputan yang meluas dengan menjadikan hidup sihat sebagai mesej utama menerusi penerbitan animasi berkenaan.

Aktiviti yang dilaksanakan bermula November 2023 sehingga 2025 telah dan akan mengembara ke 17 lokasi melibatkan 6 (enam) lokasi utama dan 11 sesi 'Meet & Greet' melibatkan penyertaan murid sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kedah, Sarawak, Melaka, Kelantan dan Sabah. Penganjuran ini juga merupakan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk memperkasa budaya hidup sihat.

Turut hadir ialah YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Norizan binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan YBrs. Puan Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-05-15 11:45:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page