MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS SAMBUTAN HARI JURURAWAT ANTARABANGSA 2024 DI HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA.

12 Mei 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2024 di Hotel Everly, Putrajaya.

Tema sambutan pada tahun ini adalah, Our Nurses. Our Future. The Economic Power of Care. Setiap tahun, Majlis Jururawat Antarabangsa memilih tema ini yang merujuk kepada isu yang berkaitan dengan kejururawatan. Tema 2024, 'kuasa penjagaan ekonomi' dipilih dengan tujuan untuk membentuk semula persepsi dan menunjukkan bagaimana pelaburan strategik dalam kejururawatan boleh membawa faedah ekonomi dan masyarakat yang bertimbang rasa. Tema ini menekankan peranan penting kejururawatan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan kemampanan. Pelaburan dalam penjagaan kesihatan, khususnya kejururawatan mempunyai faedah ekonomi seperti peningkatan produktiviti, pengurangan kos penjagaan kesihatan dan peningkatan kebajikan sosial.

YB. Dato Lukanisman bin Awang Sauni telah menyampaikan Anugerah Tokoh Jururawat kepada tiga (3) orang jururawat yang dipilih pada tahun ini. Mereka adalah Puan Sapiah binti Abdul Hadi sebagai Tokoh Perkhidmatan, Puan Catherine Pero sebagai Tokoh Pendidikan dan Puan S Kalyani a/p Sangaran sebagai Tokoh Perkhidmatan Komuniti.

YB. Dato Lukanisman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 1,250 jururawat hadir di sini hari ini serta kepada mereka yang mencurahkan khidmat bakti di hospital, klinik dan komuniti di seluruh negara kita.

Turut hadir, YBhg. Dato' Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBrs. Puan Devi K. Saravana Muthu, Pengarah Kejururawatan KKM, YBrs. Puan Aisyahton binti Suhaimi, Presiden Persatuan Jururawat Malaysia.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-15 14:34:22 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page