MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SAMBUTAN HARI MALARIA, TIBI DAN KUSTA SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

12 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kusta Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Universiti Malaysia Sabah.

Objektif sambutan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia tentang penyakit Malaria, Tibi dan Kusta yang masih menjadi masalah kesihatan awam di Malaysia.

Di samping itu, sambutan ini menjadi platform advokasi bagi menggalakkan kolaborasi antara pelbagai agensi serta masyarakat dalam meningkatkan keberkesanan strategi mengawal Malaria, Tibi dan Kusta.

Hari Malaria Sedunia merupakan satu kempen kesedaran kesihatan yang disambut oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama negara-negara anggota dan organisasi berkaitan di seluruh dunia pada 25 April setiap tahun.

Manakala, Hari Tibi Sedunia peringkat Kebangsaan disambut pada 24 Mac setiap tahun sempena memperingati sejarah penemuan bakteria Mycobacterium Tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882.

Seterusnya, Hari Kusta Sedunia disambut pada 28 Januari tahun ini dengan tema “Beat Leprosy” atau “Hentikan Kusta”. Tema ini menyeru kepada semua individu, masyarakat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pihak berkepentingan untuk bersama-sama dalam usaha mencegah penularan dan menghentikan jangkitan kusta di Malaysia.

KKM menyeru seluruh lapisan masyarakat di Malaysia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh mewujudkan kesedaran mengenai penyakit Malaria, Tibi dan Kusta.

Turut hadir YBrs. Dr. Anita binti Suleiman, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Asits bin Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Dr. Mohd Yusof bin Haji Ibrahim, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-05-15 14:42:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page