MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SAMBUTAN HARI IMUNISASI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 DI PUTRAJAYA.

13 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir merasmikan sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Putrajaya.

Bertemakan “Imunisasi Menyelamatkan Generasi” (Saving Lives Through lmmunization), sambutan ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang imunisasi sebagai salah satu daripada intervensi kesihatan awam yang paling berkesan kos.

Sejak lebih 60 tahun Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dimulakan di Malaysia, kini terdapat 10 jenis produk vaksin digunakan untuk mencegah 13 penyakit cegahan vaksin untuk bayi dan kanak-kanak dalam NIP.

Penyakit-penyakit cegahan vaksin seperti Tuberkulosis, Hepatitis B, Difteria, Tetanus, Batuk kokol (Pertusis), Polio, jangkitan akibat Haemophilus influenzae B, Campak, Beguk, Rubella, Ensefalitis Jepun (Japanese Encephalitis, JE), penyakit Pneumokokal invasif dan kanser yang disebabkan oleh jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) mampu dicegah melalui NIP.

Kesemua vaksin ini disediakan secara percuma di fasiliti kesihatan KKM kepada semua kanak-kanak Malaysia dari lahir sehingga mencapai berumur 15 tahun.

Di samping itu, vaksin-vaksin lain juga digunakan oleh pelbagai peringkat umur seperti vaksin Influenza untuk anggota kesihatan barisan hadapan, goIongan dewasa dan warga emas; vaksin Tetanus Toxoid untuk ibu mengandung dan vaksin Meningococcal bagi jemaah haji.

Bagi kebanyakan vaksin utama dalam program imunisasi di Malaysia, pencapaian liputan imunisasi untuk bayi dan kanak-kanak adalah tinggi dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu melebihi 95%. Peningkatan liputan di Malaysia telah menunjukkan penurunan kejadian penyakit cegahan vaksin seperti kes difteria, pertussis dan lain-lain.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Dr. Mohd Safiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM dan YBhg. Professor Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-05-15 14:48:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page