MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA YBHG. DATO’ SRI HAZANI BIN GHAZALI, KETUA PENGARAH AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA (MCBA) DI IBU PEJABAT KKM.

15 Mei 2024- YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Sri Hazani bin Ghazali, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) di Ibu Pejabat KKM. Sesi kunjungan hormat MCBA ini bertujuan untuk merangka jalinan kerjasama strategik antara KKM dan MCBA serta memaklumkan mekanisme tadbir urus dan pelan pengoperasian MCBA melibatkan pintu masuk dan sempadan negara.

Delegasi MCBA yang turut hadir ke sesi kunjungan hormat ini adalah YBhg. Dato’ Sazali bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), ⁠YBrs. Tuan Saiful Yazan bin Alwi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), ⁠YBrs. Tuan Johar Julasbi, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa dan ⁠YBrs. Dr. Nurshahida binti Saruan, Pengarah Bahagian Kesihatan.

Turut hadir bersama YBrs. Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, KKM dan YBrs. Dr. Salmiah binti Baharudin, Ketua Sektor (PPKA) Bahagian Kawalan Penyakit selaku wakil Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM.

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-05-20 14:48:40 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page