MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA OLEH T.Y.T HASSAN ABDELSALAM OMER, DUTA BESAR REPUBLIK SUDAN KE MALAYSIA

16 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada T.Y.T Hassan Abdelsalam Omer, Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia. Sesi kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan Republik Sudan dalam bidang kesihatan.

Semasa sesi kunjungan hormat tersebut, Duta Besar Republik Sudan telah menerangkan situasi terkini konflik yang sedang berlaku di Republik Sudan. Justeru itu, Duta Besar Republik Sudan telah mohon bantuan bekalan dan peralatan perubatan serta bantuan kemanusiaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, Republik Sudan juga berhasrat untuk menandatangani Memorandum Persefahaman dalam bidang kesihatan dengan Kerajaan Malaysia.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Puan Norhaliza binti A Halim, Pengarah Kanan Program Perkhidmatan Farmasi, Tuan Omer Mahgoub Ahmed Oushek, Timbalan Ketua Pegawai Kedutaan Republik Sudan, Dr. Afrah Yousif Adam Haroon, Pakar Kardiologi Intervensi, Institut Jantung Negara (IJN) dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-05-21 16:36:54 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page