MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN HASIL PENYELIDIKAN TINJAUAN KEBANGSAAN KESIHATAN DAN MORBIDITI (NHMS) 2023 : PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD)

16 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Hasil Penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 : Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Permintaan Jagaan Kesihatan serta Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023 di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tinjauan NHMS yang telah dijalankan pada tahun 2023 mendapati sebahagian besar daripada mereka yang menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi yang tidak didiagnosis tergolong dalam kelompok yang berumur lebih muda.

Sejak tahun 2023, KKM telah memperluaskan program saringan kesihatan kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas melalui Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) yang merupakan salah satu inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di bawah Teras 3, iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri.

Kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia pada tahun 2023 pula menunjukkan peningkatan peratus pengguna rokok elektronik atau vape yang amat ketara terutamanya dalam kalangan orang dewasa yang berusia kurang 50 tahun.

KKM telah mengambil langkah mewartakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] bermula 2 Februari 2024 dalam usaha mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.

Turut hadir, YBrs. Dr. Rabindra Abeyasinghe (Head of the WHO Country to Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore), YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Murizal bin Zainol, Pengurus Institut Kesihatan Negara dan YBrs. Dr. Noor Ani binti Ahmad, Pengarah Institut Kesihatan Umum.

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2024-05-21 16:44:14 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page