MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS HEAR ME GOT TALENT 2024 (HMGT24) DI DEWAN AUDITORIUM, HOSPITAL CYBERJAYA.

18 Mei 2024- YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Hear Me Got Talent 2024 (HMGT24) yang bertempat di Dewan Auditorium, Hospital Cyberjaya.

HMGT24 merupakan program julung kali diadakandengan objektif utama untuk menggali dan mendedahkan bakat-bakat individupekak atau Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran yang boleh mendengar dan berbicara dengan bantuan alat bantu pendengaran. Melalui pertandingan HMGT24 dapat dibuktikan bahawa individu ini tidak hanya mempunyai bakat, tetapi juga potensi yang tidak terbatas dan seterusnya dapat meruntuhkan stereotaip dan stigma yang melanda masyarakat terhadap individu yang menggunakan alat bantu dengar.

Bagi merealisasikan Pelan Strategik KementerianKesihatan Malaysia (KKM) 2021 - 2025, Teras Strategik 3: “Memperkukuh Kesedaran Kesihatan dan Pemerkasaan Masyarakat”, Strategi 9: “Meningkatkan Literasi dan Kesedaran Kesihatan”, YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad menyeru agar kerjasama dan penyertaan pelbagaisektor, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan keluarga dapat diteruskan.

Turut hadir YBrs. Dr. Mohd Safiee Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, YBrs. Dr. Shahabuddin Ibrahim, Pengarah Hospital Cyberjaya, YBhg. Datin Seri Hajah Azlin Hezri, Timbalan Pengerusi KASIH Malaysia dan YBrs. puan Hajah Maryam Sakinah Abang Abdullah, Presiden Persatuan Ibu Bapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me Malaysia).

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-23 12:22:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page