Page 11 - Disember 2018
P. 11

Majlis Sambutan



                                                              Hari Inovasi KKM







                                                                        B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri
                                                                        Kesihatan  Malaysia  (YBTMK) telah
                                                                        menyempurnakan  Majlis Sambutan
                                                              YHari  Inovasi  Kementerian  Kesihatan
                                                              Malaysia (KKM) bertempat di Dewan Serbaguna
                                                              KKM,  Putrajaya pada 12 Disember 2018.
                                                              Kerajaan  amat mengharapkan  percambahan
                                                              idea baru yang berteraskan teknologi sebagai
                                                              salah satu kaedah  dalam mengekalkan  “cost
                                                              effective” dan  “efficiency” demi  menjamin
                                                              kesinambungan  perkhidmatan  agar  kekal
                                                              relaven pada setiap masa. Ujar YBTMK, sebagai
                                                              perintis dalam bidang perubatan sudah pastinya
                                                              revolusi  dan  pemerkasaan  dalam  penemuan
                                                              sains  mampu  menghasilkan  fleksibiliti  dalam
                                                              bidang operasi dan pengurusan agar kejayaan
                                                              ini mampu dijadikan  sebagai  “value added”
                                                              yang lebih signifikan. Beliau juga mengucapkan
                                                              setinggi tahniah kepada warga KKM dalam usaha
                                                              berterusan dengan pelbagai  agensi kerajaan
                                                              mahupun swasta dalam membangunkan initiatif
                                                              inovasi ini dengan memeterai Memorundum
                                                              Persefahaman  (MoU) antara KKM dan SIRIM
                                                              Berhad  sebagai  kerjasama  strategik demi
                                                              pengukuhan perkhidmatan ini.




                                                                                          E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2018   08
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16