Page 9 - Disember 2018
P. 9

MAJLIS PERASMIAN


        PUSAT PENGIMEJAN INSTITUT



        JANTUNG NEGARA





                  B  Dr.  Lee Boon Chye,  Timbalan Menteri
                  Kesihatan     Malaysia     (YBTMK)       telah
                  merasmikan      Majlis   Perasmian      Pusat
        YPengimejan               Institut  Jantung     Negara
        (IJN) - Permodalan  Nasional  Berhad  (PNB) pada
        12 Disember 2018  di IJN Jalan  Tun Razak Kuala
        Lumpur.  Turut hadir  ialah  YBhg.  Tan Sri Dr. Zeti
        Akhtar Aziz, Pengerusi  Kumpulan  PNB dan  YBhg.
        Datuk Seri Dr. Mohd  Azhari Yakub, Ketua Pegawai
        Eksekutif Institut Jantung Negara. Mesin pengimbas
        PET  (Positron Emission Tomography)  Tomografi
        Berkomputer (CT) atau PET-CT adalah sumbangan
        Permodalan Nasional Bhd (PNB) di bawah program
        Tanggungjawab  Sosial Korporat (CSR). Kelebihan
        PET-CT adalah  merupakan  salah  satu kaedah
        teknologi  tinggi dan serba canggih  dalam bidang
        perubatan yang mempunyai ketepatan pengesanan
        imej. Dengan adanya penilaian  tepat,  rawatan
        sesuai dan berkesan akan membantu memudahkan
        doktor untuk bantu pesakit. Dengan  adanya  mesin
        pengimbas itu,  IJN  bukan sahaja menjadi pusat
        rujukan  untuk penyakit  kardiovaskular, malah
        melibatkan juga tumor dan kanser.


















                                                                                          E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2018   06
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14