Page 11 - e-Buletin November 2018
P. 11
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESIHATAN
KE HOSPITAL PUTRAJAYA
P ada 28 November 2018, YBhg. Datuk
Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua
(KPK)
Pengarah
Kesihatan
telah
mengadakan lawatan kerja ke tapak
projek blok tambahan baharu Hospital Putrajaya
(Kompleks Endokrin). Projek Kompleks Endokrin
tersebut meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan
kemudahan 220 buah katil, satu unit tempat
letak kereta bertingkat (5 tingkat) dan sebuah
bangunan sokongan mekanikal dan elektrikal.
Kerja-kerja pembinaan projek bernilai RM365
juta ini telah bermula sejak Januari 2017 dan
dijadualkan siap pada Januari 2020. Selain
bakal mencatat sejarah sebagai kompleks
endokrin pertama di Malaysia, lokasinya yang
strategik juga akan memudahkan kes-kes
kanser thyroid dirujuk ke Institut Kanser Negara
bagi mendapatkan rawatan “radioactive iodine”.
E-BULETIN KKM EDISi NOVEMBER 2018 08