Page 8 - e-Buletin November 2018
P. 8

Program Gotong-Royong




        Mega 2.0 Perangi Aedes



        Peringkat Kebangsaan 2018







                  AB  Tuan  Adly bin Zahari, Ketua
                  Menteri Melaka dan YB Datuk Seri Dr.
                  Dzulkefly  Ahmad,  Menteri  Kesihatan
        YMalaysia (YBMK) telah  bersama-sama
        menyempurnakan  Program Gotong-Royong
        Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan
        2018 bertempat di Taman Saujana, Bukit Katil
        Melaka pada 11 November 2018. Menurut YB
        Dr. Dzulkefly objektif utama program ini adalah
        menghasilkan  tindakan  bersepadu  gotong-
        royong secara besar-besaran di seluruh negara
        perlu dilaksanakan  segera dengan  melibatkan
        penduduk setempat,  ketua komuniti, pasukan
        COMBI dan  lain-lain  agensi  bagi  memastikan
        pemusnahan tempat pembiakan Aedes dibuat di
        seluruh negara. Di samping itu, program tersebut
        juga dapat melibatkan  masyarakat dan agensi
        lain dalam aktiviti pembersihan dan pencegahan
        Denggi. Ujar beliau, hasil pemantauan  trend
        kes denggi  untuk lima tahun yang lepas oleh
        KKM, dijangka kes denggi akan meningkat pada
        hujung tahun ini. Jelasnya lagi, sejak lima minggu
        kebelakangan ini, telah berlaku peningkatan kes
        denggi sebanyak 6% hingga 9% setiap minggu.
        Turut hadir dalam program tersebut  adalah
        YBhg. Dato’ Mohd Syafiq bin Abdullah, Timbalan
        Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM dan YBhg.
        Dato’ Chong  Chee  Kheong,  Timbalan  Ketua
        Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM.








  05   E-BULETIN KKM EDISi NOVEMBER 2018
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13