Page 4 - e-Buletin November 2018
P. 4

kempen cara hidup aktif







                  AB  Perdana  Menteri  Tun  Dr.  Mahathir
                  Mohamad dan  YBhg.  Tun Dr. Siti Hasmah,
                  isteri  YAB Perdana Menteri telah menghadiri
        Yserta  melancarkan  Kempen  Cara  Hidup
        Aktif atau When Active Living Kicks (WALK) peringkat
        Kebangsaan  2018   pada  3  November  2018 yang
        disaksikan  oleh  YB  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  Ahmad,
        Menteri  Kesihatan  Malaysia  dan  YB  Dr.  Lee  Boon
        Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Kempen
        WALK dan  National Strategic Plan for  Active Living
        (NASPAL) telah dilancarkan bertujuan membudayakan
        sukan sebagai gaya hidup sihat agar terus kekal aktif di
        kalangan masyarakat. YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad
        dan isteri telah dipilih menjadi ikon bagi program tersebut
        agar terus kekal aktif walaupun pada umur melebihi 90
        tahun. YAB Tun Dr. Mahathir juga telah menyarankan
        semua  pejabat  di  sektor  awam  dan  swasta  disyorkan
        berhenti seketika bagi membenarkan pekerja bersenam
        kira-kira 15 minit setiap hari. Beliau juga berkata, langkah
        itu bagi memastikan pekerja berada dalam keadaan
        sihat dan cerdas selain mengamalkan gaya hidup sihat.
























  01   E-BULETIN KKM EDISi NOVEMBER 2018
   1   2   3   4   5   6   7   8   9