Page 4 - e-Buletin Oktober 2018
P. 4

world mental health day 2018






                  AB  Dato’  Seri Wan  Azizah binti Wan Ismail,
                  Timbalan Perdana Menteri  telah merasmikan
                  Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018
        Ybertempat  di Pusat Konvensyen  Antarabangsa
        Putrajaya  (PICC) pada  11 Oktober 2018  yang turut
        dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri
        Kesihatan  (YBMK). Dalam majlis  tersebut, tema yang
        dipilih ialah “Generasi Muda dan Kesihatan Minda Dalam
        Arus Perubahan Zaman” dengan memberi fokus terhadap
        pengamalan  gaya hidup sihat dalam kalangan  generasi
        muda. Dalam perasmian tersebut, YB Timbalan Perdana
        Menteri mengulas  lanjut  mengenai  kebimbangan  beliau
        terhadap peningkatan tahan kesihatan mental di Negara
        ini dengan berkata “kira-kira 40 peratus daripada warga
        Malaysia  akan  menghadapi  masalah  kesihatan  mental
        dalam tempoh hayat mereka dan tinjauan pada 2017 oleh
        Kementerian Kesihatan mendapati 18,336 orang menderita
        tekanan  perasaan  di pelbagai  peringkat  berdasarkan
        imbasan kesihatan ke atas 273,203 individu.” Ujar beliau
        lagi, “ini bukanlah suatu pengukur yang baik kerana mengikut
        laporan masalah kesihatan mental kian membimbangkan
        terutamanya dalam kalangan remaja dan belia di sekolah’.





















  01   E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2018
   1   2   3   4   5   6   7   8   9