Page 8 - e-Buletin Oktober 2018
P. 8

Majlis Sambutan



             minggu kesedaran pendermaan organ



                          peringkat kebangsaan 2018






                                                                   B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri
                                                                   Kesihatan (YBMK) telah menyempurnakan
                                                                   Majlis   Sambutan      Minggu     Kesedaran
                                                         YPendermaan Organ Peringkat Kebangsaan
                                                         2018 pada 6 Oktober  2018 bertempat di Stesen
                                                         LRT Pasar Seni Kuala  Lumpur.  Turut hadir  adalah
                                                         YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Lee Lam Thye, Pengerusi
                                                         Jawatankuasa       Bertindak      Kesedaran      Awam
                                                         Pendermaan Organ Kebangsaan. Minggu Kesedaran
                                                         Perdermaan Organ merupakan acara sambutan
                                                         setiap tahun sebagai  salah satu inisiatif dalam
                                                         meningkatkan tahap kesedaran anggota masyarakat
                                                         dalam isu yang sangat penting  dan releven pada
                                                         masa kini iaitu pendermaan  organ. Sehingga  31
                                                         Ogos 2018, terdapat seramai 20,973 orang pesakit
                                                         yang  sedang  berada  di dalam  senarai  menunggu
                                                         organ. Majoriti daripadanya sedang menunggu buah
                                                         pinggang baru iaitu seramai 20,956 orang, manakala
                                                         selebihnya  sedang  menunggu  organ lain iaitu 5
                                                         orang bagi hepar, 6 orang bagi jantung, 3 orang bagi
                                                         paru-paru dan 3 orang bagi kedua-dua jantung dan
                                                         paru-paru.
















  05   E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2018
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13