Page 17 - April 2019
P. 17
Persidangan
The 4 International Conference on Advances
th
in Medical Science 2019
B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia telah
merasmikan Persidangan “The
Y4 International Conference on
th
Advances in Medical Science (ICAMS) 2019”
di Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak pada
13 April 2019 yang lalu. Salah satu cara
meningkatkan penjagaan kesihatan adalah
melalui penyelidikan dan pembangunan yang
berterusan. Persidangan tersebut merupakan
satu platform untuk pakar saintifik dan para
perwakilan dari seluruh rantau berkongsi
idea dan berkolaborasi. Persidangan yang
bertemakan “Nurturing Health Professionals
in Education and Research” menekankan
pentingnya penyelidikan dan pembangunan
ke dalam amalan inovatif yang akan
meningkatkan lagi pembangunan penjagaan
kesihatan negara. Dr. Lee menyatakan bahawa
penyelidikan dan pembangunan inovasi dapat
menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negara dan membawa kemakmuran rakyat
kita. Turut hadir bersama ialah YBhg. Prof.
Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah
Hospital Cansellor Tunku Mukhriz, Pusat
Perubatan UKM.
E-BULETIN KKM EDISi APRIL 2019 14