Page 22 - April 2019
P. 22

Majlis Sambutan Hari Tibi & Hari Kusta Sedunia


        Peringkat Kebangsaan 2019




                 ada 22  April 2019 yang lalu,  YB Datuk
                 Seri  Dr.  Dzulkefly  Ahmad,  Menteri
                 Kesihatan Malaysia telah  merasmikan
       PMajlis Sambutan Hari Tibi dan Hari Kusta
        Sedunia Peringkat Kebangsaan. Bertemakan
        “Inilah masanya: Kesan Awal dan Pastikan Sembuh
        Tibi/ Kusta”, di MITC Melaka. Sambutan ini telah
        diadakan  bagi  bertujuan  untuk  meningkatkan
        kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai
        pihak terhadap usaha-usaha pencegahan dan
        kawalan penyakit tibi dan kusta yang dilakukan di
        seluruh negara.













                                                               Dalam ucapannya, beliau telah menegaskan
                                                               bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia
                                                               (WHO) telah menganggarkan pada tahun
                                                               2017 terdapat 10 juta kes tibi di seluruh dunia
                                                               dengan jumlah kematian sebanyak 1.6 juta.
                                                               Ujarnya lagi, analisa kematian menunjukkan
                                                               hampir  30%  hingga  40%  kematian  adalah
                                                               disebabkan secara langsung akibat penyakit
                                                               tibi.  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  (KKM)
                                                               telah mengambil maklum akan  peningkatan
                                                               data kematian ini dan segala usaha sedang
                                                               dijalankan bagi pengesanan awal penyakit tibi.
                                                               Justeru, YB Menteri telah menyeru agar semua
                                                               individu  yang  mempunyai  tanda  dan  gejala
                                                               penyakit tibi dan kusta untuk segera dapatkan
                                                               rawatan bagi mengelakkan ia menjadi lebih
                                                               melarat  sehingga  boleh membawa  kepada
                                                               komplikasi kematian.



        19  E-BULETIN KKM EDISi APRIL 2019
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26