Page 18 - Februari 2019
P. 18
PERSIDANGAN ANTARABANGSA
KESELAMATAN MAKANAN, AFRIKA
B Datuk Dzulkefly Ahmad, Menteri
Kesihatan (YBMK) telah menghadiri
Persidangan Antarabangsa Keselamatan
YMakanan FAO/ WHO/ AU di Addis Ababa,
Afrika. Ini merupakan persidangan yang pertama
seumpamanya di mana Food and Agriculture
Organisation of The United Nations (FAO), World
Health Organisation (WHO) dan African Union
(AU) telah bekerjasama melaksanakannya.
Dengan tema “The Future of Food Safety -
Transforming knowledge into action for people,
economies and the environment”, persidangan
ini bertujuan meningkatkan kesedaran berkenaan
cabaran kepada keselamatan makanan dengan
mengenalpasti langkah-langkah utama yang perlu
diambil oleh kerajaan. YBMK turut berpeluang
bertemu dengan tokoh-tokoh termasuk Dr. Tedros
Adhanom, Director General WHO, Mr. Graziano
Da Silva, Director General FAO, serta wakil-wakil
dari pelbagai negara yang menyertai persidangan
tersebut.
15 E-BULETIN KKM EDISi februari 2019